KYIV: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam serangan udara besar-besaran dilancarkan oleh tentera Russia di Ukraine.
Ia disifatkan sebagai serangan peluru berpandu terbesar Russia ke atas Ukraine dalam perang yang meletus sejak 24 Februari 2022.
Lapor BBC, lebih 160 orang cedera ketika Russia melancarkan serangan di Kyiv, Odesa, Dnipropetrovsk, Kharkiv dan Lviv pada awal pagi semalam.
Menurut Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, Russia menggunakan hampir semua jenis senjata dimilikinya dalam serangan udara itu.
Katanya, serangan udara itu melanda kemudahan termasuk kediaman penduduk dan hospital bersalin.
Sementara itu, tentera udara Ukraine memaklumkan pihaknya tidak pernah melihat begitu banyak peluru berpandu dilancarkan secara serentak.