25 peratus spesies ikan air tawar dunia diancam kepupusan

25 peratus spesies ikan air tawar dunia diancam kepupusan

GAMBASR HIASAN - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Hampir satu perempat daripada spesies ikan air tawar di seluruh dunia berdepan risiko kepupusan.

Pendedahan itu berdasarkan laporan kemas kini senarai merah global spesies terancam yang dikeluarkan semalam.

Laporan itu mengetengahkan kesan dan kebimbangan semakin meningkat akibat perubahan iklim disebabkan manusia terhadap hidupan liar di planet ini.

Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) menerbitkan laporan penilaian itu ketika delegasi global bertemu di Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk sidang kemuncak perubahan iklim COP28.

IUCN juga mengemas kini senarainya untuk menunjukkan ancaman perubahan iklim terhadap spesies Salmon Atlantik, penyu hijau dan pokok mahogani daun besar.

“Perubahan iklim mengancam kepelbagaian kehidupan yang dilindungi oleh planet dan menjejaskan keupayaan alam semula jadi untuk memenuhi keperluan asas manusia,” kata Ketua Pengarah IUCN, Grethel Aguilar dalam kenyataan.

Daripada hampir 15,000 spesies ikan air tawar dinilai, sebanyak 25 peratus berisiko kepupusan dan daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 17 peratus mengalami impak akibat perubahan iklim termasuk paras air yang turun naik dan perubahan musim.

IUCN menyenaraikan risiko kepupusan spesies berdasarkan sembilan kategori daripada `tidak dinilai’ hingga `pupus’.

Spesies Salmon Atlantik mengalami penurunan sebanyak 23 peratus antara tahun 2006 dan 2020, semakin meningkat dalam senarai daripada `paling tidak membimbangkan’ kepada `hampir terancam’.

“Pemanasan global memberi kesan terhadap semua peringkat kitaran hayat, mengurangkan mangsa, membenarkan spesies invasif berkembang dan meningkatkan kematian salmon akibat pencemaran air yang dikaitkan dengan pembalakan dan pertanian,” jelas IUCN dalam kenyataan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya