21 maut dalam serangan Ukraine di Belgorod

21 maut termasuk tiga kanak-kanak dalam serangan Ukraine di Belgorod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 21 orang maut termasuk tiga kanak-kanak akibat serangan udara Ukraine di bandar Belgorod yang bersempadan dengan Russia.

Lapor Xinhua, menurut Gabenor Belgorod, Vyacheslav Gladkov, serangan itu turut menyebabkan kerosakan di 30 bangunan kediaman penduduk.

“Jumlah kematian meningkat kepada 21 orang yang mana tiga daripada mangsa merupakan kanak-kanak.

“Sekurang-kurangnya 110 orang termasuk 17 kanank-kanak cedera dengan mengalami tahap kecederaan yang berbeza.

“Setakat ini, pelbagai kerosakan dikenal pasti di 30 bangunan pangsapuri, 344 unit pangsapuri, tiga rumah persendirian dan beberapa premis perniagaan dan kemudahan sosial,” kata Gladkov di laman media sosial.

Berdasarkan laporan Kementerian Pertahanan Russia, Belgorod dan wilayah itu dibedil oleh Angkatan Tentera Ukraine pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Serangan terakhir dilancarkan termasuk penggunaan dua roket dengan bom berangkai dan dari sistem roket pelancar ke arah pusat bandar itu.

Jelas kementerian, sistem pertahan udara berjaya memintas roket dan kebanyakan serangan dilancarkan Sabtu lalu.

“Malah, ia juga berjaya memusnahkan 13 roket di wilayah Belgorod pada Jumaat lalu,” jelas kementerian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya