2023 jadi tahun paling panas, rekod suhu tinggi enam bulan berturut-turut - Utusan Malaysia

2023 jadi tahun paling panas, rekod suhu tinggi enam bulan berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pemantau iklim Eropah, Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah (EU) (COPERNICUS), hari ini, menyifatkan 2023 adalah tahun paling panas, memecahkan rekod terdahulu pada 2016.

Keputusan itu dicapai selepas cuaca luar biasa direkodkan dalam tempoh enam bulan berturut-turut, termasuk November lalu.

Timbalan Ketua Perkhidmatan COPERNICUS, Samantha Burgess, berkata keadaan itu secara langsung meningkatkan tekanan pada perbincangan perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau COP28, yang berlangsung di Qatar sekarang.

Tambah beliau, November memecahkan rekod haba berbanding bulan sebelumnya, sekali gus mendorong suhu purata global 2023 kepada 1.46 darjah Celsius lebih panas daripada paras pra-industri.

“Terdapat amaran bahawa tahun ini boleh memecahkan rekod tahun paling panas pada 2016, selepas ia mengatasinya pada bulan September dan Oktober lalu.

“November juga mengandungi dua hari yang mencatatkan dua darjah Celsius lebih panas daripada tahap pra-industri. Tiada hari yang sama seperti itu pernah direkodkan sebelum ini,” katanya.

Pengumuman rekod itu dibuat ketika perunding dari hampir 200 negara menghadiri COP28 di Dubai, membahaskan teks draf perjanjian akhir mengandungi tindak balas terhadap kemajuan dalam mengehadkan pemanasan global.

Burgess berkata, 2023 menyaksikan enam bulan dan dua musim memecahkan rekod.

Dalam perkembangan sama, menurut COPERNICUS, 2023 menyaksikan satu siri peristiwa cuaca melampau yang dahsyat dikaitkan dengan perubahan iklim, dengan pelepasan karbon dunia terus meningkat.

Menurutnya, 11 bulan pertama tahun ini adalah 0.13 darjah Celsius lebih panas berbanding 2016, tahun paling panas sebelum ini, berdasarkan rekod COPERNICUS, yang disimpan sejak 1940.

Sementara itu, menurut saintis, data daripada teras ais dan pergelangan pokok menunjukkan tahun ini boleh menjadi yang paling panas dalam lebih 100,000 tahun.

Penyelidik turut memberi amaran berhubung 26 elemen penting Bumi seperti kadar kecairan kepingan ais, yang berpotensi untuk melepaskan malapetaka dengan kesan domino yang tidak dapat dipulihkan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya