Zionis terus bom kawasan sekitar kompleks hospital terbesar Gaza - Utusan Malaysia

Zionis terus bom kawasan sekitar kompleks hospital terbesar Gaza

PENDUDUK Palestin yang cedera menunggu giliran untuk menerima rawatan di Hospital al-Shifa di Gaza City. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Israel dilaporkan menyerang sebuah kompleks hospital terbesar di Gaza, mengakibatkan korban di kawasan yang dianggap sebagai tempat perlindungan orang awam.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, salah satu kawasan sasaran rejim Zionis Israel termasuk Hospital Al Shifa yang menjadi tempat perlindungan ribuan penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal akibat perang itu.

Israel kini mengambil langkah kejam dengan menyasarkan hospital dengan alasan untuk menghapuskan kumpulan pejuang Hamas yang didakwa mendapat perlindungan di pusat dan kompleks kesihatan.

BBC melaporkan, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) juga mengepung beberapa laluan masuk dan kawasan sekitar hospital dan berada dalam keadaan siap siaga untuk melancarkan serangan.

Ketua Pengarah Hospital Al Shifa, Mohd Abu Salmiya berkata, angka kematian orang awam di kompleks kesihatan itu semakin meningkat, sambil menyifatkan ia merupakan jenayah pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Israel.

“Serangan tersebut mengakibatkan rasa trauma dalam kalangan petugas kesihatan yang setiap kali mendengar letupan bom berhampiran.

“Tindakan serangan oleh rejim Zionis ini merupakan serangan dan perang terhadap hospital serta orang awam yang mencari perlindungan,” ujarnya.

Media melaporkan sebuah kapal tentera laut Israel terlibat serta kereta kebal telah mengepung hospital terbesar di wilayah itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya