Zionis rugi AS$48 bilion perang dengan Palestin

Zionis rugi AS$48 bilion perang dengan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Seorang perunding kewangan mengunjurkan, perang Israel-Palestin menyebabkan kerugian AS$48 bilion (RM224.59 bilion) kepada ekonomi rejim Zionis untuk tahun kewangan semasa.

“Kemungkinan Israel akan menanggung dua pertiga daripada jumlah kos perang, dengan bahagian selebihnya ditanggung Amerika Syarikat (AS) dalam bentuk bantuan ketenteraan,” lapor Leader Capital Markets Israel.

Memetik laporan Anadolu, anggaran AS$48 bilion adalah lebih rendah daripada penilaian sebelumnya, termasuk pengumuman baru-baru ini oleh Majlis Ekonomi Negara Israel, menganggarkan kos perang terhadap ekonomi Israel berpotensi 200 bilion shekel (AS$54 bilion) (RM252.67 bilion).

Oktober lalu, Kementerian Kewangan Israel menganggarkan kos ekonomi perang membabitkan AS$270 juta (RM1.26 bilion) sehari menekankan bahawa tamatnya perang tidak bermakna kerugian terhenti.

Berdasarkan jangkaan yang dibuat oleh Leader Capital Markets, bermakna kerajaan Israel mungkin perlu meminjam sekali lagi untuk melanjutkan konflik bersenjata yang digambarkan paling teruk dalam setengah abad, menurut Bloomberg kelmarin.

Agensi itu memetik Yali Rotenberg, ketua akauntan di Kementerian Kewangan Israel berkata, mereka perlu bergerak ke hadapan dengan senario asas yang menunjukkan beberapa bulan pertempuran, dan sedang membina penampan tambahan.

Walaupun kerajaan mengeluarkan bon antarabangsa melalui penempatan persendirian melalui bank Wall Street, seperti Goldman Sachs, ia bergantung pada pasaran tempatan untuk menyerap kebanyakan keperluan pembiayaannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya