Zionis halang kebumikan penduduk terkorban di Hospital al-Shifa - Utusan Malaysia

Zionis halang kebumikan penduduk terkorban di Hospital al-Shifa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Seorang doktor yang terpaksa meninggalkan Hospital Al-Shifa menceritakan situasi menyayat hati di wilayah terkepung dengan mayat bergelimpangan di jalanan selepas pengepungan selama seminggu, menyaksikan pusat perubatan itu ditutup.

Penghuni terakhir hospital terbesar di Semenanjung Gaza itu diberi masa satu jam petang semalam oleh tentera Israel untuk meninggalkan bangunan berkenaan atau berdepan ancaman tidak dinyatakan.

“Keadaan di sana menyedihkan,” kata Dr Ibraheem Shakoura kepada The National.

Katanya, dia bertahan selagi mampu untuk membantu pesakit yang masih tinggal tetapi terpaksa pergi.

“Tentera Israel menculik mayat syuhada, mereka mengancam untuk mengebom lantai tempat kami berada, jadi kami memutuskan untuk meninggalkan Al-Shifa.

“Apabila kami meninggalkan bangunan hospital, (Israel) berkata bahawa kami akan diberi laluan selamat tetapi sebenarnya ia tidak selamat dan tidak sesuai untuk orang yang cedera melalui laluan ini,” ujarnya.

Dia berkata di sana ‘kanak-kanak menderita, wanita menangis’.

“Dalam perjalanan kami hari ini, kami melihat banyak mayat di jalanan. Ada orang yang ditembak di mana-mana,” katanya.

Bercakap mengenai pengepungan, yang berlangsung selama lebih seminggu di tengah-tengah letupan bom dan tembakan penembak tepat, Dr Shakoura berkata, bau mayat tidak dapat ditanggung dan apabila mereka cuba mengebumikan mayat syuhada, tentera Israel datang dan menculik mayat itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya