White House nafi Israel-Hamas setuju gencatan senjata - Utusan Malaysia

White House nafi Israel-Hamas setuju gencatan senjata

KANAK-KANAK Palestin melarikan diri ketika tentera Zionis mengebom Rafah di selatan Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: White House hari ini menafikan laporan Washington Post mengenai persetujuan oleh Hamas dan Israel untuk melakukan gencatan senjata dan membebaskan tebusan.

White House memaklumkan, persetujuan itu belum dicapai dan masih ‘banyak perkara’ perlu dibincangkan.

“Kami belum capai sebarang persetujuan, laporan itu tidak betul.

“Kami akan terus berunding untuk mencapai persetujuan tersebut.” kata jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan White House, Adrienne Watson menerusi X.

Terdahulu, Washington Post melaporkan Israel dan Hamas bersetuju untuk melakukan gencatan senjata selama lima hari dan sebagai pertukaran, Hamas akan membebaskan tebusan yang ditahan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya