Warga asing 'tayang' hisap ganja atas motor di Bangkok

Warga asing ‘tayang’ hisap ganja atas motor di Bangkok

TANGKAP layar video menunjukkan dua warga asing menghisap ganja ketika menunggang motosikal di Bangkok.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Dua lelaki warga asing berdepan kecaman warga net di Thailand selepas video mereka menghisap ganja di atas motosikal ketika melalui kawasan kejiranan Sukhumvit di Bangkok tular dalam media sosial baru-baru ini.

Pada Ahad lalu, akaun Twitter Red Skull berkongsi video dua warga asing itu yang dilaporkan menaiki motosikal di kawasan jalan Soi Sukhumvit 23 berhampiran tempat hiburan popular, Soi Cowboy.

Kedua-dua warga asing itu dilihat dengan selamba memegang alat bong dan berkongsi menghisap ganja di khalayak ramai.

Ramai warga net Thailand menyuarakan rasa tidak puas hati dengan reaksi warga asing itu yang seolah-olah bangga dengan tindakan mereka dan tidak segan menayangkan perbuatan itu kepada pemandu lain.

Malah, beberapa warga net turut mengadu kecewa dengan langkah kerajaan yang dilihat tidak cukup berkesan untuk mengawal penggunaan ganja di negara itu.

Sebilangan netizen secara khusus menyasarkan Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul kerana beliau dan partinyanya, Bhumjaithai, yang memulakan idea menghalalkan ganja untuk tujuan perubatan.

“Ini adalah hasil daripada penggunaan ganja secara bebas. Anutin patut melihat perbuatan ni. Adakah ini untuk kegunaan perubatan?

“Berapa lama Thailand akan membiarkan perkara ini berlaku?
Mereka berani melakukan perbuatan ini kerana mereka hanya boleh melakukannya di Thailand,” kata pengguna media sosial.

Mengikut undang-undang, ganja hanya boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan mesti digunakan di pusat perubatan atau di tempat persendirian.

Menggunakan ganja untuk keseronokan peribadi dan di tempat awam dianggap salah dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan, denda sehingga 25,000 baht (RM 3,349) atau kedua-duanya mengikut Akta Kesihatan Awam.

Menurut portal Thaiger, sehingga kini pegawai polis dan jabatan berkaitan masih belum mengambil sebarang tindakan berhubung isu tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya