GAZA: Misi kejam tentera Israel ke atas Gaza menyebabkan sebahagian besar wilayah itu bertukar menjadi medan perang yang dipenuhi serpihan runtuhan.
Blok pangsapuri, kedai dan jalan-jalan raya yang dulunya sibuk musnah akibat bencana kemanusiaan terburuk yang menyebabkan sekurang-kurangnya 1.5 juta orang kehilangan tempat tinggal dan menyebabkan lebih 11,500 rakyat Palestin terbunuh.
Beberapa video terbaharu yang dimuat naik dilaman Tik Tok dan Youtube termasuk kompilasi dipaparkan di laman berita The Guardian memaparkan dengan jelas situasi sebelum dan selepas konflik di beberapa lokasi di Gaza.
Video tersebut mengundang sebak dalam kalangan warga net dan ramai mengakui sedih dan terkilan melihat keadaan di Gaza yang dahulunya sangat aman dan indah tetapi berubah sekelip mata akibat niat balas dendam rejim Zionis yang tidak berkesudahan.