Usaha kecam anggota Kongres beragama Islam ditolak

Usaha kecam anggota Kongres beragama Islam ditolak

RASHIDA TLAIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kongres kelmarin menolak percubaan mengecam anggota Demokrat, Rashida Tlaib dari Michigan berhubung ucapan retoriknya mengenai perang Palestin-Israel, baru-baru ini.

Keputusan itu secara tidak langsung menggagalkan usaha anggota Republikan untuk mengutuk Rashida yang merupakan satu-satunya ahli politik berketurunan Palestin-Amerika.

Pada minggu lalu, anggota Republikan, Majorie Taylor Greene mengusulkan resolusi mengecam Rashida yang merupakan seorang daripada dua anggota Kongres yang beragama Islam.

Usul resolusi itu menuduh Rashida bersikap ‘antisemitik’ selepas ahli politik wanita itu menzahirkan kebimbangan mengenai peranan Amerika Syarikat (AS) dalam membekalkan senjata ke Israel ketika pertempuran berdarah dengan Hamas terus berlaku.

Greene juga menuduh Rashida ‘mengetuai pemberontakan’ di Capitol apabila dia menyertai perhimpunan pro-Gaza pada bulan lalu.

Dalam pada itu, Rashida menyifatkan usul resolusi Greene ‘tidak mempengaruhi’, selain menggambarkan Greene sebagai seorang Islamofobia.

Sebagai respons terhadap resolusi Greene, Kongres yang dikuasai oleh perwakilan Demokrat, Becca Balint dari Vermont mengemukakan resolusi menolak Greene menerusi ‘retorik perkauman dan teori konspirasi’.

Balint berkata, resolusi Greene untuk mengecam Rashida adalah serangan Islamofobia yang jelas terhadap satu-satunya anggota Kongres Palestin-Amerika.

Selain itu, Greene tidak mengulas mengenai resolusi yang mengecamnya tetapi mengkritik puluhan anggota Republikan yang mengundi menentang mengecam Rashida.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya