Tukang sapu jadi penari balet profesional pada usia 63 tahun

Tukang sapu jadi penari balet profesional pada usia 63 tahun

LIU Ziqing menjadi penari balet profesional pada usia 63 tahun.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang tukang sapu di China tular di media sosial baru-baru ini kerana berjaya menjadi penari balet profesional pada usia 63 tahun.

Liu Ziqing meminati balet sejak kecil selepas menonton pertunjukan The Red Detachment of Women pada awal 1960-an lebih 10 kali, tetapi tidak pernah berpeluang untuk mempelajari seni tarian itu.

Membesar dalam keluarga miskin di sebuah kampung berhampiran Baotou, tumpuan utamanya adalah membantu menambah pendapatan keluarga dan dia akhirnya bekerja sebagai pembersih jalanan untuk memenuhi keperluan hidup.

Tetapi dia tidak pernah melupakan cintanya terhadap balet dan pada usia 53 tahun dia memutuskan untuk mengejar impiannya itu dengan menyertai kelas tarian sehingga berupaya menjadi penari profesional walaupun pada usia lanjut.

“Saya berkeinginan untuk menari sejak dari kecil. Pada suatu hari, saya melihat kursus latihan asas balet di televisyen dan tercetus idea bahawa saya harus cuba belajar menari.

“Dahulu saya ada masalah perut. Selepas menari dengan kerap sejak sedekad lalu, masalah itu semakin hilang.

“Apabila saya berada di dalam kelas, saya juga hampir terlupa tentang umur saya, seolah-olah saya menjadi muda semula. Saya kini dapat melakukan apa yang sudah lama saya inginkan ketika masih muda dan merasa gembira dengan usaha ini,” katanya.

Ziqing berkata, dia kadangkala terpaksa tidur dalam posisi menekan kaki untuk meningkatkan kekuatannya, tetapi itulah pengorbanan yang sanggup dilakukan dan dia tidak mempedulikan ejekan orang ramai tentang minatnya itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya