PARIS: Topi bicorne yang dipercayai milik Napoleon Bonaparte dijual pada harga rekod 1,93 juta euro (RM9.86 juta) di rumah lelong Drouot di Paris.
Harga tersebut mengatasi 1,88 juta euro (RM9.6 juta) yang dibayar untuk satu lagi topi Napoleon di Drouot pada 2014.
Menjelang lelongan, jurulelong, Jean-Pierre Osenat berkata, topi bicorne tradisional itu adalah tanda dagang bagi Napoleon yang memiliki kira-kira 120 topi sedemikian sepanjang hidupnya.
Topi yang dipercayai dimiliki oleh Napoleon kerap muncul di rumah lelongan.
Pada Oktober 2021, topi yang baru ditemui dengan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang membuktikan ia milik Napoleon dilelong oleh Bonhams di London.-REUTERS