Topi milik Napoleon Bonaparte dilelong

Topi milik Napoleon Bonaparte dilelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Topi milik Napoleon Bonaparte ketika memerintah empayar Perancis pada Abad ke-19 dijual dalam sesi lelongan di Paris.

Topi tersebut dijual oleh rumah lelong Osenat di Fontainebleau yang dianggarkan bernilai antara 600,000 hingga 800,000 euro (RM3.06 hingga 4.06 juta) .

Ahli sejarah mengatakan topi itu adalah sebahagian daripada jenama Napoleon dan memakainya di sisi menjadikan beliau dikenali ketika dalam pertempuran.

Pemimpin kuku besi itu memiliki kira-kira 120 topi bicorne namun hanya 20 yang masih kekal, kebanyakannya dalam koleksi peribadi.

Topi itu dijual bersama-sama dengan koleksi peringatan lain milik Napoleon yang disimpan oleh seorang industrialis yang meninggal dunia tahun lepas.

“Orang ramai mengenali topi ini di mana-mana. Apabila mereka melihatnya di medan perang, mereka tahu Napoleon berada di sana.

“Beliau sentiasa memakainya atau memegangnya di tangan dan kadang-kadang melemparkannya ke tanah. Itulah imej dan simbol maharaja itu,” kata Jurulelong Jean Pierre Osenat.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya