TikTok bakal sekat kandungan promosi surat Osama bin Laden - Utusan Malaysia

TikTok bakal sekat kandungan promosi surat Osama bin Laden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: TikTok bakal mengharamkan kandungan yang mempromosikan surat ditulis Osama bin Laden pada 2002 mengenai justifikasi bekas pemimpin al-Qaeda itu untuk melakukan serangan terhadap rakyat Amerika Syarikat (AS).

Perbincangan mengenai surat berusia 20 tahun itu mula tersebar dalam platform berkenaan pada minggu ini rentetan perang Palestin-Israel yang berlangsung ketika ini.

Surat itu yang ditulis selepas serangan al-Qaeda terhadap AS yang membunuh kira-kira 3,000 orang, mengkritik Washington yang memberi sokongan kepada Israel, menuduh AS menindas rakyat Palestin serta komen berbaur antisemitik.

Osama terbunuh dalam serbuan tentera AS di Pakistan pada 2011.

“Kandungan yang mempromosikan surat ini jelas melanggar peraturan kami untuk menyokong sebarang bentuk keganasn,” kaa TikTok.

Selain itu, pengguna yang cuba mencari surat itu di dalam TikTok akan diberi peringatan bahawa kandungan itu melanggar garis panduannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya