Thailand jemput polis China bantu melindungi pelancong

Thailand jemput polis China bantu jaga pelancong

POLIS China akan bekerjasama dengan polis Thailand dalam melindungi pelancongnya yang berkunjung ke negara itu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kerajaan Thailand mempertahankan usul yang mengemukakan pasukan polis China akan bekerjasama dengan polis negara ini dalam melindungi pelancong China daripada golongan penjenayah ketika berkunjung ke Thailand.

Jurucakap kerajaan, Chai Wacharonke berkata, anggota polis China tidak akan menemani polis Thailand membuat rondaan di kawasan pelancongan seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Beliau juga menegaskan, usul tersebut tidak akan menyebabkan Thailand menyerahkan kedaulatan kepada China.

“Idea tersebut dikemukakan oleh wakil Polis Diraja Thailand semasa mesyuarat mengebai keselamatan pelancong China bersama Perdana Menteri Srettha Thavisin di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di sini kelmarin.

“Polis Thailand memaklumkan pelancong China bimbang jika mereka menjadi sasaran penjenayah China ketika berkunjung ke negara ini.

“Sehubungan itu, polis Thailand mencadangkan supaya pasukan polis China masuk ke negara ini untuk membantu Thailand menangani kes berkenaan,” katanya.

Wacharonke memaklumkan, idea tersebut juga boleh membantu Thailand memperoleh banyak maklumat mengenai kegiatan jenayah, sekali gus melindungi para pelancong.

Media China sebelum ini memaklumkan anggota polis negara itu akan menemani polis Thailand melakukan rondaan di kawasan pelancongan.

Laporan itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada kedua-dua negara.

Penduduk Thailand menzahirkan kebimbangan jika kedaulatan negara ini terjejas dengan kehadiran polis dari China.

“Tolong jangan eksploitasi isu ini untuk kepentingan politik, kedaulatan Thailand sama sekali tidak akan terjejas,” ujar Wacharonke.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya