Terusan Ben Gurion punca Zionis mahu lenyapkan Gaza?

Terusan Ben Gurion punca Zionis mahu lenyapkan Gaza?

MESIR pernah menghalang kapal dari Israel melalui Terusan Suez ekoran wilayah haram itu menduduki Palestin dan peristiwa Perang Arab-Israel. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Spekulasi tercetus mengenai rancangan untuk membina terusan baharu bagi menggantikan Terusan Suez yang menjadi punca utama disebalik kekejaman Israel di bumi Palestin.

Gaza kini dibom oleh Perdana Menteri, Israel Benjamin Netanyahu kerana pemimpin kejam itu dikatakan mahu melaksanakan ‘Projek Terusan Ben Gurion’.

PROJEK BEN GURION

Tel Aviv didakwa sudah mempunyai nama untuk terusan yang pertama kali dicadangkan pada tahun 1960-an itu.

Terusan itu dikatakan akan menghubungkan Teluk Aqaba di Laut Merah ke Laut Mediterranean, yang akan dinamakan sempena nama perdana menteri pertama Israel.

Terusan itu akan menyaingi Terusan Suez di Mesir, menyebabkan ancaman kewangan utama kepada negara itu termasuk perdagangan utamanya.

Mungkin ramai masih ingat tentang bencana perdagangan global yang menyebabkan kapal kontena besar Ever Given tersangkut di terusan terkenal itu pada tahun 2021.

Selat Tiran dan Terusan Suez kekal ditutup secara rasmi kepada kapal Israel sejak tahun 1948 sehingga Krisis Suez pada tahun 1956.

Apabila semua laluan perdagangan darat disekat oleh negara Arab, keupayaan Israel untuk berdagang dengan Afrika Timur dan Asia, terutamanya untuk mengimport minyak dari Teluk Parsi terjejas teruk.

Terdapat halangan lain yang melibatkan Israel hingga memaksa penutupannya pada 1956 dan 1967 hingga 1975.

Jika rancangan pembinaan Terusan Ben Gurion diteruskan, ia akan menjadi hampir satu pertiga lebih panjang daripada Terusan Suez yang berukuran sekitar 193.3 kilometer (km).

Rancangan terusan baharu sekitar 292.9 km dianggarkan menelan kos antara AS$16 bilion hingga AS$55 bilion (RM75.5 bilion hingga RM258 bilion).

MAHU BINA LALUAN PINTAS

Sesiapa yang mengawal terusan itu akan mempunyai pengaruh yang besar ke atas laluan bekalan global untuk minyak, bijirin serta perkapalan dan itulah yang diidamkan rejim zionis.

Jika Gaza dimusnahkan, perancang untuk membina laluan pintas dan mengurangkan kos dengan mengalihkan terusan terus melalui tengah wilayah itu dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.

Kira-kira 12 peratus daripada perdagangan dunia melalui Terusan Suez dengan 18,000 kapal setahun.

Jika benar projek itu dapat dilaksanakan, pasti banyak negara akan beratur untuk berkongsi perjanjian perdagangan di kawasan itu.

Satu-satunya perkara yang menghalang projek tersebut daripada disemak dan dihidupkan semula adalah kehadiran rakyat Palestin di Gaza.

Netanyahu mungkin merasakan akan diberi pengampunan di Tel Aviv jika beliau berjaya melaksanakn projek tersebut.

Namun, tipu daya khianatnya tidak akan pernah dimaafkan atau dilupakan bukan sahaja oleh penduduk Palestin tetapi juga rakyat di seluruh dunia selepas apa yang melanda Gaza sejak lebih sebulan lalu.

Jika benar semua kekejaman itu dilakukan atas dasar potensi urus niaga dan perdagangan, maka ia menambah aib politik dan diplomatik kerajaan Barat yang turut terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Kemunculan terusan baharu itu juga pastinya memberi kesan buruk kepada ekonomi Mesir dan negara itu tidak seharusnya meletakkan kepercayaannya kepada Tel Aviv dan kerajaan Barat mengatasi kepentingan serta kebajikan dua juta rakyat Palestin di Gaza.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya