Tentera Ukraine beri bayangan diambang kekalahan

Tentera Ukraine beri bayangan diambang kekalahan

VOLODYMYR Zelensky (tengah) meneliti model terbaharu artileri dan senjata semasa lawatan ke pusat latihan di lokasi yang tidak didedahkan di Ukraine.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Tentera Ukraine mendakwa peperangannya dengan Russia menghampiri jalan buntu seakan memberi bayangan negara itu kini diambang kekalahan.

Jeneral Ukraine, Valery Zaluzhny mengejutkan pemerhati minggu ini dengan penilaian luar biasa dan jujur bahawa barisan hadapannya di medan peperangan yang luas gagal mencapai sebarang kemajuan.

Walaupun Ukraine melancarkan serangan balas terhadap bedilan berulang kali dari Russia, barisan tentera Kyiv mahu pun Moscow yang menduduki di kawasan timur dan selatan tidak menunjukkan sebarang perkembangan malah tidak berganjak dari posisi mereka sejak November lalu.

“Sama seperti Perang Dunia Pertama, kita sudah mencapai tahap teknologi yang meletakkan kita dalam kebuntuan.

“Kemungkinan besar tidak akan ada kejayaan yang mendalam dan indah untuk diraikan,” kata Zaluzhny kepada majalah The Economist.

Seorang tentera Ukraine berusia 35 tahun yang menyertai pertempuran berhampiran bandar Bakhmut turut menyatakan perkara serupa.

“Saya sudah mengatakannya sejak sekian lama. Selangkah demi selangkah kita semakin kalah dalam peperangan ini.

“Semakin lama perang ‘statik’ ini berterusan, semakin teruk bagi kita,” katanya dalam temu bual telefon bersama wartawan.

Kenyataan itu seakan menidakkan kejayaan serangan balas dilancarkan Ukraine pada musim panas yang digembar-gemburkan selepas negara itu menerima banyak bantuan senjata dari Barat dan melatih rekrut baharu.

Bulan lalu Ukraine juga didapati masih bertempur dengan tentera Russia di satu perkampungan penting yang didakwa sudah ditawan semula beberapa minggu sebelumnya.

Sebagai tindak balas kepada komen Zaluzhny, seorang pegawai kanan Ukraine memberitahu negara itu sedang menghadapi titik perubahan dan perlu memutuskan strategi baharu bagaimana untuk memenangi konflik dengan Russia.

Pembantu Presiden Ukraine, Mykhailo Podolyak Mykhailo pula mengakui bahawa pertempuran itu kini berdepan kesukaran.

Bagaimanapun, Presiden, Volodymyr Zelenskyy menafikan Ukraine semakin kalah dan peperangan itu masih berterusan malah menolak cadangan pemimpin Barat melobi untuk rundingan damai.

Zelenskyy berkata, perang antara Israel dan Hamas juga menarik perhatian dunia dari Ukraine dan situasi itu menjadi matlamat utama Russia.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya