TEBING BARAT: Ketika gencatan senjata dilaksanakan di Semenanjung Gaza, tentera Zionis dilaporkan terus bertindak agresif terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, tentera Israel menembak mati lapan penduduk di Tebing Barat, termasuk seorang kanak-kanak.
Insiden itu menyaksikan sekurang-kurangnya 239 penduduk Palestin maut ditembak Zionis di Tebing Barat sejak 7 Oktober lalu.
Tentera Israel menembak mati lima penduduk di Jenin pada petang Sabtu dan awam pagi semalam, selain membunuh tiga lagi orang awam di sekitar Tebing Barat.
Dalam pada itu, enam penduduk cedera dalam serbuan Israel di Jenin.
Agensi Berita Palestin WAFA melaporkan, serbuan Israel dilakukan daripada pelbagai arah di Jenin dengan pasukan tentera melepaskan tembakan rambang, selain mengepung hospital kerajaan dan mengepung ibu pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah.