Tahap demokrasi dunia semakin merosot

Tahap demokrasi dunia semakin merosot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Hampir separuh dunia dilaporkan mengalami tahap demokrasi yang semakin merosot.

Malah, beberapa negara yang mempunyai rekod demokrasi yang lama dari segi sejarah antara turut tersenarai.

Perkara itu didedahkan oleh sebuah badan pemikir antarabangsa dalam satu laporan dikeluarkan baru-baru ini.

Institut Antarabangsa untuk Demokrasi dan Bantuan Pilihan Raya (IDEA) mendapati 85 daripada 173 negara yang ditinjau `mengalami penurunan dalam sekurang-kurangnya satu petunjuk utama prestasi demokrasi sejak lima tahun lalu’.

“Banyak negara demokrasi yang mapan sedang mengalami halangan bermula kemerosotan dalam kesamarataan kumpulan sosial di Amerika Syarikat (AS), kebebasan media di Austria dan akses kepada keadilan di United Kingdom (UK).

“Ini adalah tahun keenam pihak kami menyaksikan lebih banyak negara mengalami demokrasi merosot berbanding penambahbaikan,” kata pegawai program, Michael Runey.

Runey merupakan salah seorang pengarang laporan `The Global State of Democracy 2023′.

Trend selama enam tahun itu mewakili `kemerosotan demokrasi’ paling lama yang disaksikan oleh organisasi berpangkalan di Stockholm yang mula mengumpul data sejak 1975.

Tambah laporan itu, kedaulatan undang-undang yang diwujudkan oleh mahkamah dan kebebasan daripada keganasan politik juga dilihat semakin lemah di beberapa negara seperti Austria, Hungary dan Peru.

Laporan itu turut memberi amaran bahawa asas demokrasi semakin lemah di seluruh dunia.

Meskipun penurunan tahap demokrasi dapat dilihat di hampir seluruh dunia, sebaliknya di Afrika antara negara contoh kerap berlaku rampasan kuasa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya