‘Tahanan Palestin mati, keluarga kami pun mati’

‘Tahanan Palestin mati, keluarga kami pun mati’

ANGGOTA polis Israel memerhatikan seorang tahanan Palestin yang ditutup matanya di Ashkelon yang bersempadan dengan Semenanjung Gaza pada 8 Oktober lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Keluarga tebusan warga Israel yang ditahan di Gaza menggesa Kementerian Keselamatan Kebangsaan Israel, Itamar ben Gvir supaya tidak meneruskan draf undang-undang untuk menghukum mati tahanan Palestin.

Lapor Times of Israel, Parlimen Israel atau Knesset ketika ini sibuk berbincang mengenai usul draf undang-undang yang dicadangkan oleh Gvir.

Seorang daripada keluarga tebusan, Gil Dickmann berkata, pelaksanaan undang-undang itu boleh merisikokan nyawa sepupunya yang dijadikan tebusan di Gaza.

Sehubungan itu, Dickmann bersama keluarga lain menggesa Gvir serta pihak berkaitan supaya mempertimbangkan draf tersebut ketika masih banyak tebusan belum dibebaskan.

“Saya ingin bertanya kepada anda wahai menteri, sejak dari minggu lepas saya merayu supaya tidak meneruskan draf tersebut.

“Saya merayu supaya anda tidak membuat sebarang keputusan yang boleh menyebabkan kami menderita. Jika tahanan Palestin mati, keluarga kami pun akan mati.

“Tolonglah, pilih kehidupan dan memastikan semua tebusan kembali dengan selamat. Jika anda mempunyai hati dan perasaan, jangan buat keputusan tersebut,” katanya.

Selain itu, Forum Kehilangan Ahli Keluarga dan tebusan turut mengeluarkan kenyataan menzahirkan kebimbangan mengenai draf berkenaan.

Katanya, perbincangan mengenai perkara itu secara tidak langsung membahayakan semua nyawa tebusan yang ditahan.

Israel memansuhkan hukuman mati pada 1954 dan sejak itu, ia digantikan dengan hukuman penjara jangka panjang, sehingga mencecah ratusan tahun.

Pada mac lalu, Knesset meluluskan usul draf tersebut yang ingin mengembalikan hukuman mati terhadap tahanan Palestin yang disabit bersalah kerana membunuh penduduk Israel.

Usul itu dicadangkan oleh Gvir dan disokong oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Israel menahan lebih 7,000 penduduk Palestin di penjaranya, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Zionis pula mendakwa Hamas menahan 239 tebusan Israel, termasuk penduduk awam dan anggota tentera di Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya