Sudah terperangkap 9 hari, 41 mangsa torowong runtuh belum dikeluarkan - Utusan Malaysia

Sudah terperangkap 9 hari, 41 mangsa torowong runtuh belum dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DEHRADUN, India: Pasukan penyelamat masih bertungkus-lumus mengeluarkan 41 pekerja yang terperangkap dalam runtuhan terowong di Uttarakhand.

Kesemua pekerja tersebut sudah terperangkap selama sembilan hari sejak 12 November lalu selepas sebahagian daripada struktur terowong berkenaan runtuh.

Operasi menyelamat mangsa berdepan pelbagai cabaran dengan antaranya mesin penggerudi mengalami kerosakan dan serpihan terowong yang jatuh sehingga mencetuskan bahaya.

Pasukan jututera cuba memasukkan paip besi ke dalam runtuhan itu untuk membolehkan mangsa terperangkap keluar melaluinya.

Namun, operasi itu terpaksa dihentikan selepas terdengar bunyi retak dan dibimbangi mencetuskan situasi lebih bahaya.

Kini, pasukan penyelamat cuba menggali lubang baharu dari atas runtuhan.

Kumpulan pakar sebelum ini menzahirkan kebimbangan berlakunya tanah runtuh akibat operasi menyelamat tersebut.

Hal ini kerana, pasukan penyelamat menggunakan pelbagai mesin dan jentera untuk menyelamatkan mangsa.

Getaran yang kuat daripada alatan dan jentera itu boleh menyebabkan aliran tanah dan seterusnya berlaku tanah runtuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya