Sudah lebih 11,000 penduduk Palestin syahid di Gaza - Utusan Malaysia

Sudah lebih 11,000 penduduk Palestin syahid di Gaza

SEORANG kanak-kanak Palestin duduk di sebelah mayat mangsa yang terbunuh dalam pengeboman Israel di Deir el-Balah, di tengah Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kementerian Kesihatan Palestin merekodkan angka kematian terkini ekoran serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 11,078 orang.

Jurucakap kementerian itu, Ashraf al-Qudra, berkata ini termasuk 4,506 kanak-kanak, 3,027 wanita, 678 warga emas dan 27,490 orang cedera.

Tambahnya, 2,700 orang dilapor terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan 1,500 daripadanya ialah kanak-kanak.

“Pencerobohan Israel turut menyebabkan 198 pegawai perubatan mati dan 53 ambulans musnah.

“Israel menyasarkan 135 institusi kesihatan dan membuatkan 21 hospital dan 47 pusat kesihatan penjagaan primer tidak beroperasi,” katanya.

Selain ramai terkorban dan pemindahan besar-besaran, bekalan asas juga semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk, susulan tindakan Israel mengepung wilayah terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya