Sudah 75 tahun dunia hanya berani keluar kenyataan kutuk Israel

Sudah 75 tahun dunia hanya berani keluar kenyataan kutuk Israel

ORANG ramai mengeluarkan mayat kanak-kanak yang terbunuh selepas tentera Israel melancarkan serangan udara di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KELMARIN, berlangsung Sidang Kemuncak tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-8 bagi membincangkan isu perang yang berlaku antara Palestin dengan Israel.

Perang itu sudah pun berlarutan sejak 7 Oktober lalu dan sehingga kini, tiada tanda-tanda akan reda dalam masa terdekat apabila tentera Zionis terus melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap Gaza, menyaksikan kemusnahan teruk di wilayah bergolak itu.

Konflik yang berlaku juga menyebabkan lebih 11,000 penduduk Gaza, termasuk kanak-kanak menjadi syahid, selain ribuan lagi cedera.

Perang yang berlaku itu menyaksikan sudah 75 tahun bumi Palestin dijajah Israel dan sehingga kini, masih belum bebas daripada cengkaman Zionis.

Dan sudah 75 tahun juga OIC dan Liga Arab hanya mampu membidas tindakan kejam Israel dengan pelbagai kenyataan retorik tanpa sebarang tindakan tegas yang berkesan.

Sudah 75 tahun juga dunia menyaksikan penderitaan penduduk Palestin yang ditindas kejam, yang hak mereka dirampas dan tiada satu pihak pun mengambil tindakan untuk menghentikan kejahatan Zionis.

Sebaliknya, negara-negara Islam saling berlumba-lumba mengeluarkan kenyataan pedas mengecam Israel dan negara sekutu yang menyokongnya.

Setiap kali berlakunya konflik antara Palestin dan Israel, berlumba-lumbalah negara-negara Islam itu mengeluarkan kenyataan mengutuk dengan pelbagai retorik dan perkataan digunakan untuk memburukkan Israel.

Namun, mengutuk, mengecam, marah dan burukkan Israel tidak cukup untuk menghentikan penjajahan mereka di bumi Palestin.

Malah, Israel umpama menjadi-jadi apabila terus melancarkan serangan di Gaza, menahan rakyat Palestin di Tebing Barat dan memusnahkan semua infrastruktur yang ada termasuk hospital dengan alasan mahu menghapuskan kubu Hamas.

Sebabnya ada banyak, antaranya kerana Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat yang lain menyokong tindakan Israel serang Gaza apabila mereka menyatakan negara haram itu mempunyai hak untuk mempertahakan diri daripada Hamas.

Selain itu, tindakan negara Islam yang hanya berani pada mulut, turut menyebabkan Israel terus berani serang Gaza.

Pada Israel, kecaman, kutukan yang dituju kepada mereka ibarat ‘mencurah air ke daun keladi’ kerana negara haram itu sudah mendengar perkara yang sama sejak 75 tahun lalu!

Mereka sudah lali dan enggan kecaman itu kerana mereka tahu, tiada apa yang mampu dilakukan negara lain untuk menghentikan Zionis daripada terus tindas rakyat Palestin.

Perang yang berlaku 7 Oktober lalu bukan sahaja meragut belasan ribu nyawa penduduk Gaza, malah harta benda mereka, rumah, semuanya hancur dibom Zionis.

Itu pun sampai hari ini, tiada sebarang tindakan diambil oleh mana-mana negara dan hanya terus menuduh, mendakwa, Israel sebagai pengganas, penjenayah perang dan sebagainya.

Kutuklah apa sahaja kepada Israel kerana mereka tahu ada sahaja negara yang menyokong tindakan zalim mereka terhadap rakyat Palestin.

Peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam isu Palestin-Israel ini juga wajar dikutuk kerana sampai sekarang tiada satu resolusi dicapai untuk menghentikan kekejaman.

Negara anggota PBB tidak tahu mereka nak undi siapa, resolusi apa kerana mereka lebih suka mengambil sikap berkecuali dengan alasan tidak mahu terlibat dan enggan menjadi sasaran mana-mana pihak.

Berbeza pula ketika Russia menyerang Ukraine sebelum ini apabila PBB berlumba-lumba mengeluarkan bermacam-macam resolusi mengutuk Russia, mengenakan sekatan ekonomi kepada negara itu.

Tetapi, kenapa Palestin tidak semudah itu? Adakah sebab Palestin negara Islam? Adakah sebab PBB sudah dibeli oleh Israel dan AS?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya