Situasi di Gaza umpama 'buku teks pembunuhan beramai-ramai'

Situasi di Gaza umpama ‘buku teks pembunuhan beramai-ramai’ – bekas pegawai PBB

CRAIG MOKHIBER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pengarah Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meletak jawatan baru-baru ini menzahirkan kekecewaan dengan tindakan agensi itu dalam konflik Palestin-Israel.

Craig Mokhiber menyifatkan krisis kemanusiaan yang berlaku di Gaza ketika ini seperti ‘buku teks mengenai pembunuhan beramai-ramai’.

Jelas Mokhiber, seluruh dunia menyaksikan pembunuhan beramai-ramai oleh Zionis di bumi Gaza, namun tiada satu pun tampil membantu wilayah itu.

“Projek penjajahan Eropah, etno-nasionalis dan pendudukan haram di Palestin sudah memasuki fasa akhir, iaitu menuju kepada kemusnahan besar-besaran.

“Ini adalah buku teks yang memaparkan pembunuhan beramai-ramai dan kerajaan negara Barat bersubahat sepenuhnya dengan serangan kejam Zionis,” katany menerusi surat peletakan jawatannya.

Surat itu juga ditujukan kepada Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Volker Turk.

Jelas Mokhiber, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan sebahagian besar Eropah bukan sahaja enggan memenuhi kewajipan perjanjian mereka di bawah Konvensyen Geneva, malah menyokong Israel dengan menyediakan senjata serta sokongan politik.

Peletakan jawatan Mokhiber berlaku lebih tiga minggu sejak perang Palestin-Israel berlaku.

Menerusi platform X, Mokhiber menulis pembunuhan beramai-ramai yang disaksikan seluruh dunia di Palestin adalah hasil daripada ‘kekebalan Israel yang disediakan oleh AS dan kerajan Barat lain dalam tempoh masa berdekad-dekad’.

Selain itu, media Barat juga memainkan peranan dalam terus menafikan hak dan kesejahteraan Palestin serta rakyatnya.

“Semua faktor itu perlu ditamatkan segera dan saya minta dunia bangkit lantang suarakan hak asasi manusia,” ujarnya.

Mokhiber mula berkhidmat untuk PBB sejak 1992 dan pernah memegang beberapa jawatan penting.

Beliau mengetuai kerja pesuruhjaya tinggi dalam merangka pendekatan pembangunan berasaskan hak asasi manusia, dan bertindak sebagai penasihat kanan hak asasi manusia di Palestin, Afghanistan dan Sudan.

Di akhir suratnya, Mokhiber menyeru supaya ‘Israel ditamatkan kerana wilayah haram itu tidak pernag diiktiraf secara menyeluruh oleh komuniti antarabangsa’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN