Sirul Azhar rayu mahu tinggal di Australia, akui bahaya jika balik Malaysia

Sirul Azhar rayu mahu tinggal di Australia, akui bahaya jika balik Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sirul Azhar Umar yang berdepan hukuman mati di Malaysia kerana membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, merayu untuk meneruskan hidup di Australia.

Sirul juga menyatakan adalah bahaya jika dia kembali ke Malaysia.

Menerusi wawancara eksklusif bersama Al Jazeera English 101 East, yang disiarkan pagi ini, Sirul turut memohon maaf kepada keluarga Altantuya dan meminta supaya dia diampunkan.

Jelas Sirul, dia mendakwa tidak bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu walaupun sudah disabit kesalahan oleh mahkamah Malaysia.

Sirul mendakwa dia dijadikan kambing hitam dan diperangkap dalam permainan politik, menyaksikan dia mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia daripada sumber tidak dinamakan bertujuan ‘menutup mulut’.

Dia juga ada membuat beberapa dakwaan yang tidak dapat disahkan terhadap beberapa personaliti individu ternama.

“Saya merayu kepada masyarakat di sini untuk menerima saya. Saya berjanji kepada anak lelaki saya tidak sesekali akan melanggar undang-undang di sini. Saya (akan) patuh segalanya. Saya menyedari adalah sangat tidak selamat untuk kembali ke sana (Malaysia).

“Apa sahaja berlaku, saya mahu membina kehidupan bersama anak saya di Australia. Saya berharap masyarakat Australia menerima saya seadanya. Saya bukan orang jahat.

“Saya cintakan Australia jauh di sudut hati, dari jiwa. Berikanlah saya peluang kedua. Satu lagi…saya mahu memohon kemaafan kepada keluarga Altantuya. Tolong maafkan saya. Itu sahaja,” katanya kepada saluran televisyen antarabangsa itu dalam wawancara pertama sejak dibebaskan dua minggu lalu dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood, di Sydney.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya