Setiausaha Agung PBB terus berbalah dengan Netanyahu

Setiausaha Agung PBB terus berbalah dengan Netanyahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres membidas dakwaan yang dibuat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, kononnya beliau menyalahkan Israel berhubung perang dengan Hamas.

Dalam masa sama, Guterres mengulangi pendapatnya bahawa sejak dari awal lagi beliau mengutuk Hamas dengan menegaskan, pasukan pejuang Palestin itu harus mematuhi undang-undang antarabangsa

“Tetapi ada prinsip asas bagi saya, iaitu bahawa Hamas bukanlah mewakili rakyat Palestin,” katanya.

“Anda (Israel) perlu dapat membezakan antara Hamas dan rakyat Palestin. Jadi anda tidak boleh menggunakan serangan yang dilakukan oleh Hamas sebagai alasan untuk hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.”

Beliau turut menyatakan, terdapat keluhan mengenai Palestin yang dijajah Israel sejak 75 tahun lalu, walaupun tiada sebarang keluhan tersebut membenarkan serangan Hamas.

Mengulas potensi PBB sebagai perantara selepas perang berakhir, Guterres berkata, masyarakat antarabangsa perlu bersatu dan PBB boleh ‘memainkan peranan’ dalam hal tersebut.

Akan ada peralihan ‘yang dapat diterima oleh Israel dari segi jaminan keselamatan Israel,’ katanya sambil menambah ‘pada masa sama membenarkan peralihan kepada kerajaan Palestin yang efektif’.

Namun Guterres memberitahu, konteks tuntutan yang jelas bagi idea berkenaan masih belum jelas

Beliau memaklumkan, adalah penting untuk ‘mengambil kesempatan’ daripada situasi yang berlaku dan ‘mungkin penyelesaian dua negara boleh dicapai’.

“Penyelesaian dua negara merupakan satu-satunya jalan keluar (daripada perang),” tambah Guterres.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya