Seorang lagi wartawan Palestin terbunuh dalam perang Palestin-Israel - Utusan Malaysia

Seorang lagi wartawan Palestin terbunuh dalam perang Palestin-Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Seorang wartawan Palestin terbunuh selepas serangan udara tentera penceroboh Israel menyasarkan rumahnya di Semenanjung Gaza semalam, menurut Palestinian Journalists Syndicate (PJS).

Wartawan itu dikenal pasti sebagai Sari Mansour dari kem pelarian Bureij di tengah Gaza, lapor Agensi Anadolu.

PJS berkata, dalam kejadian yang berlaku pada awal Sabtu itu, wartawan dan penganalisis politik Mustafa al-Sawwaf turut terbunuh bersama beberapa ahli keluarganya.

Sementara itu, dua anak lelaki al-Sawwaf, seorang jurufoto kontrak Anadolu dan pembuat filem turut cedera parah.

PJS berkata, angka kematian membabitkan wartawan Palestin sejak 7 Oktober telah melonjak kepada 79 orang manakala 29 wartawan lagi ditahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya