Seorang demi seorang tahanan Palestin di penjara Israel didera hingga mati - Utusan Malaysia

Seorang demi seorang tahanan Palestin di penjara Israel didera hingga mati

Tha'er Sameeh Abu Asab
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Seorang tahanan Palestin maut di penjara Israel di Naqab, dipercayai akibat didera.

kematian Tha’er Sameeh Abu Asab itu menjadikan jumlah tahanan Palestin yang meninggal di penjara Israel adalah seramai enam orang sejak 7 oktober lalu.

Kematiannya disahkan oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

Terdahulu, timbul pelbagai laporan mengenai polis Israel melakukan pelbagai penderaan dan seksaan terhadap tahanan Palestin.

Tha’er dikenakan hukuman penjara selama 25 tahun dan ditahan sejak 27 Mei 20025.

Jawatankuasa Penjara dan Hal Ehwal Bekas Tahanan PLO menerusi kenyataan memaklumkan Israel ketika ini dilihat sengaja menyasarkan tahanan Palestin susulan perang yang berlaku di Gaza.

Banyak tahanan didakwa didera secara fizikal dan dihina secara verbal. Mereka juga sengaja dibiarkan mengalami kekurangan barangan keperluan di dalam penjara.

Pada Selasa lalu, seorang lagi tahanan, Ahmed Mohamed Marei, 33 juga dilaporkan meninggal dunia akibat ‘sebab misteri’ di penjara Megiddo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya