Seleweng dana tentera, bekas Menteri Pertahanan Kuwait dipenjara 7 tahun - Utusan Malaysia

Seleweng dana tentera, bekas Menteri Pertahanan Kuwait dipenjara 7 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUWAIT CITY: Mahkamah tertinggi Kuwait semalam mengenakan hukuman penjara tujuh tahun terhadap bekas Menteri Pertahanan, Sheikh Khalid al-Jarrah al-Sabah yang juga bekas Menteri Dalam Negeri, atas kesalahan menyeleweng dana ketenteraan.

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan bekas Perdana Menteri, Sheikh Jaber al-Mubarak al-Sabah yang berdepan pertuduhan sama, untuk memulangkan semula dana yang diseleweng.

Kedua-dua lelaki itu bagaimanapun menafikan pertuduhan berkenaan.

Pada 2019, Sheikh Jaber meletak jawatan sebagai Perdana Menteri yang disandangnya sejak 2011, selepas Ahli Parlimen mengemukakan undi tidak percaya terhadap Sheikh Khalid yang menjadi Menteri Dalam Negeri ketika itu.

Menteri Pertahanan ketika itu, Sheikh Nasser Sabah al-Ahmed, kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa pengunduran jemaah Kabinet pada masa itu bertujuan mengelak daripada terbabit kes penyelewengan 240 juta dinar dana ketenteraan sebelum beliau memegang jawatan berkenaan.

Pada Mac 2022, Sheikh Jaber dan Sheikh Khalid dibebaskan daripada pertuduhan berkait penyelewengan, namun kes itu dibuka semula susulan rayuan pihak pendakwaan Kuwait.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN