Selepas Covid-19, China cuba sorok kluster radang paru-paru?

Selepas Covid-19, China cuba sorok kluster radang paru-paru?

KELUARGA berbaris di jabatan kecemasan pediatrik sebuah hospital di Shanghai, China.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa penduduk China untuk mengikuti langkah-langkah mengurangkan risiko penyakit pernafasan dan mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa mengenai peningkatan kes yang dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak.

Kawasan utara negara itu melaporkan peningkatan penyakit seperti influenza sejak pertengahan Oktober berbanding tempoh sama sejak tiga tahun lalu.

“WHO sudah membuat permintaan rasmi kepada China untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai peningkatan penyakit pernafasan dan kluster radang paru-paru pada kanak-kanak yang dilaporkan di negara itu,” kata WHO dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa China memberitahu media pada 13 November lalu, peningkatan penyakit pernafasan berlaku disebabkan penarikan balik sekatan Covid-19 dan peredaran patogen yang diketahui termasuk influenza serta jangkitan bakteria biasa yang menjejaskan kanak-kanak.

Pada 21 November lalu, media dan sistem pengawasan penyakit awam (ProMED) melaporkan kluster radang paru-paru yang tidak didiagnosis pada kanak-kanak di utara China.

WHO berkata, tidak jelas sama ada laporan ProMED itu mempunyai kaitan dengan sidang media pihak berkuasa dan agensi itu kini sedang berusaha mendapatkan penjelasan.

“WHO juga meminta maklumat tambahan mengenai trend terkini dalam peredaran patogen yang diketahui termasuk influenza, SARS-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19, RSV yang menjejaskan bayi dan Mycoplasma pneumoniae serta tahap kesesakan dalam sistem kesihatan,” tambah kenyataan itu.

Dalam pada itu, agensi itu turut menggesa orang ramai untuk mengambil langkah pencegahan seperti vaksinasi, menjaga jarak dengan orang sakit, tidak keluar rumah apabila sakit, kerap mencuci tangan dan memakai pelitup muka.

Sepanjang tempoh pandemik Covid-19, WHO berulang kali mengkritik pihak berkuasa China kerana kekurangan ketelusan dan kerjasama mereka.

Awal tahun ini, pakar WHO berkata, mereka yakin Beijing mempunyai lebih banyak data yang boleh menjelaskan asal-usul Covid-19 dan menekankannya sebagai kewajipan moral untuk berkongsi maklumat itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya