'Saya tidak sanggup lihat isteri saya terseksa, jadi saya bunuh dia' - Utusan Malaysia

‘Saya tidak sanggup lihat isteri saya terseksa, jadi saya bunuh dia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana membunuh isterinya yang sakit tenat, selepas menjaganya selama lebih lima tahun.

Menurut Mahkamah Daerah Pusat Seoul, lelaki yang berusia 60-an dituduh membunuhnya pada April 2022.

Mangsa sebelum itu disahkan menghidap kanser tahap empat pada 2017 dan juga mengalami demensia, penyakit Parkinson dan epilepsi.

Selepas keadaan isterinya merosot dan cubaan bunuh diri yang gagal, suspek dilaporkan membuat keputusan untuk membunuh isterinya.

Dia turut meninggalkan wasiat pada komputer dan telefon bimbitnya seminggu sebelum jenayah itu dilakukan.

Tertuduh mengaku bersalah seperti yang didakwa dan mengatakan, dia membuat ‘pilihan yang mengerikan kerana terdesak’ kerana tidak mahu memanjangkan penderitaan isterinya.

“Saya tidak sanggup lihat isteri saya terseksa, jadi saya bunuh dia,” katanya.

Di bawah Akta Jenayah Korea Selatan, mereka yang didapati bersalah membunuh boleh dipenjara sekurang-kurangnya lima tahun.

Mahkamah mengurangkan tempoh hukuman lelaki itu selepas mengakui suspek sudah menjaga mangsa sehingga saat jenayah itu berlaku malah mempunyai hubungan baik dan tidak mempunyai rekod jenayah, selain menunjukkan tanda-tanda penyesalan.

Di Korea Selatan, terdapat kes lain pesakit mati dibunuh oleh ahli keluarga.

Pada 2021, seorang lelaki berusia 22 tahun ditangkap kerana membunuh bapanya, yang terlantar di katil selama berbulan-bulan selepas mengalami kerosakan otak yang serius.

Disebabkan masalah kewangan dan percaya bapanya tidak mungkin hidup, mangsa dinafikan ubat-ubatan dan bekalan makanan malah meninggalkan bapanya itu untuk mati.

Suspek dijatuhkan hukuman penjara empat tahun, tetapi liputan media mencetuskan minat penjaga muda bagi pesakit terlantar, di seluruh negara.

Majlis Bandaraya Seoul pada 2022 kemudiannya menggubal ordinan yang direka untuk menyokong kewangan golongan muda berumur antara 14 dan 34 tahun yang menjaga ahli keluarga yang mempunyai keadaan fizikal atau mental.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya