Saintis dakwa piramid tertua dunia di Indonesia

Saintis dakwa piramid tertua dunia di Indonesia

PAKAR percaya piramid purba tersembunyi di Gunung Padang itu dibina semasa Zaman Glasier terakhir antara 16,000 hingga 27,000 tahun lalu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sekumpulan ahli arkeologi mendakwa sebuah piramid purba yang tersembunyi di bawah Gunung Padang di Indonesia dipercayai merupakan piramid paling tua dunia.

Malah, berdasarkan laporan pentarikhan radiokarbon terkini tapak purba itu, Gunung Padang dikatakan mungkin merupakan struktur buatan manusia tertua yang diketahui.

Lapor Daily Mail, para pakar percaya piramid itu dibina bermula Zaman Ais terakhir iaitu lebih 16,000 tahun lalu.

Ini bermakna Gunung Padang berkemungkinan berusia 10,000 tahun lebih tua berbanding semua monumen dan piramid Giza di Mesir serta binaan batu terkenal England, Stonehenge.

Para penyelidik mendapati lapisan pertama dan paling dalam piramid Indonesia itu diukir daripada aliran lahar sejuk yang semula jadi di tapak tersebut.

Kumpulan saintis percaya masyarakat purba mungkin mengukir struktur piramid itu di dalam teras gunung berkenaan kira-kira ribuan tahun dahulu.

Ahli-ahli akademik menghabiskan lebih seabad berdebat sama ada struktur bawah tanah dikenali sebagai Gunung Padang benar-benar merupakan piramid buatan manusia dan bukan hanya pembentukan geologi semulajadi.

Namun, antara tahun 2011 dan 2015, pakar geologi dari Agensi Penyelidikan dan Inovasi Nasional Indonesia, Danny Hilman Natawidjaja mengetuai pasukan ahli arkeologi, geofizik dan geologi untuk memahami dan merungkai misteri purba itu.

“Dengan menggunakan pemetaan radar bawah tanah, gerudi teras dan teknik penggalian, Natawidjaja dan rakan penyelidiknya dapat mengkaji lapisan pertama Gunung Padang yang terletak lebih sembilan tingkat (30 meter) di bawah permukaannya.

“Kajian ini menunjukkan Gunung Padang bukanlah bukit semula jadi,” kata pasukan arkeologi dalam Jurnal Archaeological Prospection.

Penelitian itu dibuat selepas bertahun-tahun menganalisi data perjalanan masa lalu.

Selain itu, pasukan penyelidik juga menemukan struktur batu lava diperbuat daripada andesit iaitu sejenis batu igneus butiran halus di teras piramid berkenaan.

“Ruang paling dalam yang digelar sebagai Unit 4 pula berkemungkinan berasal dari bukit lahar semula jadi, sebelum dipahat dan kemudian diselubungi seni bina semasa Zaman Glasier terakhir antara 16,000 hingga 27,000 tahun lalu,” jelas laporan.

Gunung Padang yang pertama kali ditemukan semula oleh penjajah Belanda pada tahun 1980, merupakan gunung berapi terletak di Jawa Barat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya