Rusuhan bakal tercetus dalam demonstrasi pro-Palestin di Britain?

Rusuhan bakal tercetus dalam demonstrasi pro-Palestin di Britain?

DEMONSTRASI pro-Palestin yang berlaku pada minggu lalu. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Rusuhan besar mungkin berlaku di Britain selepas kumpulan pelampau dijangka akan bertembung dengan penunjuk perasaan semasa demonstrasi pro-Palestin pada Sabtu ini. 

Lapor Daily Mail, lebih 70,000 orang dijangka berhimpun di kota London bagi menyuarakan bantahan terhadap kekejaman berterusan Israel ke atas penduduk Gaza. 

Malah, sesi bertafakur selama dua minit turut diadakan di Cenotaph bagi askar yang terkorban.

Ketua Polis Metropolitan, Mark Rowley dikatakan berdepan tekanan besar untuk menyekat demonstrasi pro-Palestin itu selepas Timbalan Perdana Menteri, Oliver Dowden menyuarakan kebimbangan mengenai penganjuran protes itu.

Menteri Kehakiman, Alex Chalk menggesa kumpulan pro-Palestin mematuhi gesaan Polis Metropolitan untuk menangguhkan demonstrasi berkenaan.

Perdana Menteri, Rishi Sunak pula menyifatkan demonstrasi itu sebagai `provokatif’ dan tidak menghormati.

Kini, terdapat kebimbangan semakin meningkat bahawa demonstrasi itu akan dicemari oleh kumpulan anggota sayap kanan selepas aktivis anti-Islam terkemuka Britain, Tommy Robinson menggesa orang ramai menyertainya untuk menentang protes Sabtu ini.

Robinson atau nama sebenarnya, Stephen Yaxley-Lennon memuat naik status berkaitan gesaan tersebut di aplikasi X sejurus selepas dia kembali semula ke platform media sosial itu.

“Sabtu 11/11/11 London, negara amat memerlukan anda,” katanya.

Dalam satu rakaman video, Robinson turut bercakap mengenai sekumpulan lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja untuk negaranya.

Perkara itu berlaku selepas penyemak bebas undang-undang keganasan, Jonathan Hall KC memberi amaran wujudnya kebimbangan mengenai tindak balas dari kumpulan sayap kanan pelampau sekiranya demonstrasi membantah konflik di Asia Barat itu diteruskan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya