Russia dakwa musnahkan dron Ukraine sasar Crimea

Russia dakwa musnahkan dron Ukraine sasar Crimea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia mendakwa pasukan tenteranya berjaya memusnahkan empat dron Ukraine yang menghampiri Crimea di Laut Hitam.

Malah, Kementerian Pertahanan Russia juga mendakwa menembak jatuh tiga kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) di semenanjung itu.

Ukraine menyasarkan untuk meningkatkan tekanan ke atas tentera Russia di Laut Hitam dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas kemudahan tentera di dalam dan sekitar semenanjung.

“Sebanyak empat dron tentera laut Ukraine dikesan di bahagian barat Luat Hitam menuju ke semenanjung Crimea,” jelas kementerian dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan berasingan, kementerian mendakwa pasukan pertahanannya berjaya memusnahkan tiga UAV Ukraine di wilayah Republik Crimea.

Kyiv dan Moscow meningkatkan aktiviti ketenteraan dan serangan di Laut Hitam sejak perjanjian diuruskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjamin laluan selamat untuk kapal awam pada Julai lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya