Resolusi PBB tidak bermakna, Israel akan terus serang Gaza - Duta Israel - Utusan Malaysia

Resolusi PBB tidak bermakna, Israel akan terus serang Gaza – Duta Israel

DUTA Israel ke PBB, Gilad Erdan memakai lencana kuning pada bahagian kiri bajunya sebagai protes selepas UNSC enggan kutuk serangan Hamas di wilayah itu pada 7 Oktober lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Wakil Tetap Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gilad Erdan mendakwa, resolusi yang menggesa gencatan kemanusiaan di Gaza yang dicapai Majlis Keselamatan pertubuhan antarabangsa itu ‘tidak memberi sebarang makna’ selain disifatkan ‘terpisah daripada realiti’.

Erdan dengan tegas mempertahankan pendirian bahawa tindakan Israel melancarkan serangan di Gaza adalah mengikut undang-undang antarabangsa, iaitu dakwaan yang dibantah oleh banyak pihak.

“Adalah malang Majlis Keselamatan berkenaan masih tidak berupaya mengutuk atau menyebut mengenai pembunuhan beramai-ramai yang dimulakan oleh Hamas (pada 7 Oktober lalu) yang sekali gus mendorong pada perang di Gaza,” kata Erdan dalam hantaran di media sosial.

“Ini merupakan sesuatu yang tidak wajar berlaku,” katanya sambil mendakwa tindakan dilakukan Hamas sengaja memburukkan situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza serta meningkatkan lagi jumlah kematian rakyat Palestin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya