Puasa 14 jam sehari menjadikan individu lebih gembira

Puasa 14 jam sehari menjadikan individu lebih gembira

kesihatan
GAMBAR hiasan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kajian terbaharu pakar di London mendapati berpuasa selama 14 jam sehari bukan sahaja boleh membantu individu mengurangkan berat badan, tetapi juga dapat merasa lebih bertenaga dan meningkatkan mood menjadi lebih gembira.

Keputusan daripada satu percubaan oleh pasukan penyelidik dari King’s College London mendedahkan, mengehadkan pengambilan makanan kepada hanya 10 jam sehari contohnya hanya makan antara 9 pagi dan 7 malam, boleh memberi manfaat kesihatan yang positif.

Pasukan penyelidik turut  mendapati bahawa tempoh waktu makan yang kurang ketat masih boleh membawa kepada perubahan positif dalam mood, tenaga dan rasa lapar.

Para penyelidik menggunakan aplikasi ZOE yang membolehkan peserta mencatat tahap kesihatan mereka setiap hari.

Lebih 37,000 orang menyertai kajian tersebut di mana mereka diminta untuk makan seperti biasa selama seminggu dan kemudian hanya makan dalam tempoh had masa 10 jam untuk dua minggu berikutnya.

Analisis mendedahkan bahawa individu yang berpuasa selama 14 jam sehari melaporkan tenaga dan mood yang lebih baik serta merasa kurang lapar.

Individu yang konsisten dengan  tempoh waktu makan dilihat mempunyai faedah yang lebih besar berbanding mereka yang mengubahnya dari hari ke hari.

“Ini adalah kajian terbesar di luar klinik yang dikawal ketat untuk menunjukkan bahawa puasa boleh meningkatkan kesihatan anda dalam persekitaran dunia sebenar.

“Impak kesihatan pada makanan bukan hanya apa yang anda makan tetapi masa yang anda pilih untuk mengambil makanan anda, dan had waktu makan adalah usaha diet penting yang boleh memberi manfaat untuk kesihatan,” kata Penyelidik King’s College London dan penulis utama kajian, Dr. Sarah Berry.

Kajian itu dilaporkan dibentangkan pada Persidangan Pemakanan Eropah di Belgrade, Serbia.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya