Presiden Ukraine sempat fikir PRU ketika negara masih berperang

Presiden Ukraine sempat fikir PRU ketika negara masih berperang

VOLODYMYR ZELENSKY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ketika perang di Ukraine masih berlarutan, Presiden Volodymyr Zelensky dilihat sempat memikirkan mengenai pilihan raya biarpun pemimpin itu menganggap bukan masa yang sesuai untuk mengadakannya ketika ini.

Komen itu dikeluarkan di tengah-tengah perdebatan semakin sengit untuk mengadakan pilihan raya umum Ukraine pada tahun depan.

Sementara negara lain dilanda konflik hanya memberi fokus terhadap aspek keselamatan berbanding memikirkan semata-mata isu politik dan siapa presiden seterusnya.

Dilaporkan, semua pilihan raya termasuk pilihan raya presiden yang akan berlangsung pada musim bunga akan datang secara teknikalnya dibatalkan dibawah undang-undang tentera yang berkuat kuasa sejak konflik bermula tahun lalu.

“Kita harus memutuskan bahawa ini adalah masanya untuk bertempur yang mana nasib negara dan rakyat bergantung padanya.

“Jadi, saya percaya ini bukan masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya,” katanya.

Barisan hadapan antara kedua pihak berperang dilaporkan kekal statik selama hampir setahun lalu walaupun serangan balas Ukraine digembar-gemburkan, dengan tentera Russia bertapak di selatan dan timur Ukraine.

Para pegawai dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah dilaporkan mengesyorkan mengadakan rundingan untuk menamatkan konflik yang berlanjutan selama 20 bulan.

Namun, Zelensky menafikan sekeras-kerasnya bahawa serangan balas Ukraine menemui jalan buntu atau negara-negara Barat bersandar pada Kyiv untuk mengadakan perbincangan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya