Pita Limjaroenrat ikrar mahu rebut semula jawatan PM Thailand - Utusan Malaysia

Pita Limjaroenrat ikrar mahu rebut semula jawatan PM Thailand

PITA LIMJAROENRAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pemimpin Parti Move Forward (MFP), Pita Limjaroenrat berikrar untuk bertanding jawatan perdana menteri semula, menentang kuasa konservatif yang menghalangnya daripada tugas awal tahun ini walaupun beliau berdepan kes mahkamah.

Pita, pada pilihan raya umum Mei lalu memperoleh sokongan daripada golongan muda Thailand daripada pemerintahan tentera.

Pemimpin berusia 43 tahun itu juga dihalang daripada menjadi perdana menteri oleh blok diraja dan pro-tentera yang menentang agenda reformisnya itu.

Bekas sekutu MFP, Pheu Thai kemudian membentuk kerajaan campuran dengan parti-parti yang berkaitan dengan tentera, meninggalkan pencabar progresif kembali di blok pembangkang.

Pita juga menghadapi cabaran undang-undang yang dilemparkan kepadanya selepas pilihan raya, menyebabkan beliau dilarang bertanding selama bertahun-tahun.

Dalam temu bual dengan AFP, Pita berikrar untuk sekali lagi bertanding bagi jawatan perdana menteri Thailand.

“Sudah tentu. Saya tidak berputus asa, dan ia hanya menunggu masa,” katanya ketika ditanya sama ada beliau bercadang untuk bertanding semula.

MFP memenangi kerusi terbanyak pada pilihan raya umum 14 Mei lalu, bagaimanapun gagal mencapai majoriti.

Calon perdana menteri memerlukan majoriti di kedua-dua Dewan Parlimen dan ketika itu Pita tidak mendapat jumlah undi yang cukup untuk mengatasi pihak pembangkang dalam Senat yang dilantik oleh junta.

Beliau kehilangan undi pertama, sebelum disekat daripada bertanding dalam undi kedua untuk jawatan perdana menteri dan digantung sebagai Ahli Parlimen oleh Mahkamah Perlembagaan kerana pemilikan saham media yang dilarang untuk penggubal undang-undang di bawah undang-undang Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya