Peserta protes pro-Palestin bertempur dengan polis di Washington

Peserta protes pro-Palestin bertempur dengan polis di Washington

PENUNJUK perasaan pro-Palestin mengesa Israel menghentikan serangan di Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Puluhan penunjuk perasaan pro-Palestin bertempur dengan pasukan polis di luar ibu pejabat Parti Demokrat sehingga mencetuskan keadaan huru-hara.

Malah, kekecohan itu turut memaksa beberapa pejabat berdekatan Kongres Amerika Syarikat (AS) ditutup.

“Pasukan kami sedang berusaha menahan kira-kira 150 orang yang melakukan protes secara ganas berhampiran pejabat parti.

“Malah, pegawai kami juga sedang membuat tangkapan,” kata Polis Capitol AS menerusi catatan di aplikasi X.

Ketika kejadian, polis mengiringi ahli politik yang berada di pejabat Jawatankuasa Kebangsaan Demokratik (DNC) keluar dari bangunan itu dengan selamat.

Penunjuk perasaan itu menggesa Israel menghentikan serangan di Semenanjung Gaza, selain mendesak gencatan senjata dilaksanakan segera.

Menurut ahli Parlimen California, Brad Sherman, beliau baharu sahaja selamat dipindahkan dari DNC selepas penunjuk perasaan menjadi ganas dan menyembur semburan lada ke arah polis dan cuba pecah masuk ke bangunan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada polis yang menghalang mereka dan membantu saya dan rakan sekerja lain keluar dengan selamat,” katanya.

Beberapa gambar disiarkan di media sosial menunjukkan penunjuk perasaan memakai baju-T berwarna hitam dengan tertera Cease Fire Now, bertempur dengan polis yang cuba menarik mereka dari pintu masuk bangunan.

Pasukan keselamatan mengarahkan ahli politik dan pegawai mereka di bangunan berhampiran Capitol AS dan berdekatan DNC, untuk kekal berada di dalam pejabat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya