Peserta Nicaragua dinobat Miss Universe 2023

Peserta Nicaragua dinobat Miss Universe 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN SALVADOR: Sheynnis Palacios dari Nicaragua dinobatkan sebagai Miss Universe 2023 pada edisi ke-72 pertandingan itu yang diadakandi El Salvador.

Palacios, 23, menerima mahkota dan selempang daripada pendahulunya, R’Bonney Gabriel dari Amerika Syarikat (AS).

Tahun ini menyaksikan kali pertama peserta dari Nicaragua memenangi pertandingan itu, dengan peserta Thailand, Anntonia Porsild memenangi tempat kedua sementara Moraya Wilson dari Australia di tempat ketiga.

Dalam jawapan terakhirnya kepada juri, Palacios menekankan kepentingan gaji yang sama rata tanpa mengira jantina supaya wanita boleh bekerja di mana-mana sahaja.

“Tiada had untuk wanita,” katanya.

Setiap peserta beraksi di atas pentas yang disediakan di Gimnasium Kebangsaan Adolfo Pineda yang baru diubah suai di ibu negara San Salvador.

Pertandingan Miss Universe ke-72 turut meraikan kepelbagaian dan keterangkuman.

Peserta Pakistan, Erica Robin dan peserta Bahrain, Lujane Yacoub mencetus fenomena apabila memilih memakai burkini kaftan yang menutup keseluruhan tubuh pada sesi peragaan pakaian mandi.

Miss Nepal, Jane Garrett yang bertubuh gempal turut mendapat sorakan penonton dan terpilih dalam senarai 20 finalis.

Acara itu juga menyaksikan penyertaan dua peserta transgender iaitu dari Portugal, Marina Machete dan dari Belanda, Rikkie Kolle.

Penganjur majlis gala yang turut dihadiri Presiden El Salvador, Nayib Bukele mengumumkan edisi seterusnya akan diadakan di Mexico.-AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya