TOKYO: Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS), Osprey yang membawa lapan anak kapal terhempas di Pulau Yakushima di pantai Jepun.
Menurut laporan media tempatan, pengawal pantai melihat serpihan berhampiran lokasi nahas.
Seorang anggota yang tidak sedarkan diri ditemui di tempat kejadian dan sudah diangkut ke pelabuhan berhampiran.
“Kami menerima maklumat pada pukul 2.47 petang (waktu tempatan) hari ini bahawa pesawat Osprey milik tentera AS terhempas di Pulau Yakushima.
“Kami juga dimaklumkan bahawa terdapat lapan anak kapal di atas pesawat itu,” kata jurucakap pengawal pantai.
Seorang pegawai pengurusan kecemasan di wilayah Kagoshima memaklumkan, api marak dilihat dari enjin kiri pesawat tersebut yang sedang mendarat di pantai berhampiran Lapangan Terbang Yakushima.
Pengawal pantai bergegas menggerakkan kapal peronda dan pesawat di sekitar Yakushima yang terletak di selatan pulau Kyushu.
Saluran NHK memetik sumber kementerian pertahanan berkata, pesawat CV-22 Osprey milik pangkalan udara Yokota AS di Tokyo.-AFP