Penternak Korea Selatan bantah larangan makan daging anjing - Utusan Malaysia

Penternak Korea Selatan bantah larangan makan daging anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Kira-kira 200 penternak anjing di Korea Selatan mengadakan protes berhampiran pejabat Presiden di ibu negara Seoul bagi mendesak kerajaan membatalkan rancangan untuk mengharamkan amalan kontroversi memakan haiwan itu.

Berpuluh-puluh penternak cuba melepaskan anjing di dalam sangkar yang dibawa menaiki trak di hadapan pejabatPpresiden, namun dihalang oleh polis ketika melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan mereka.

Parti pemerintah Presiden, Yoon Suk Yeol memperkenal rang undang-undang untuk mengharamkan pembiakan dan penjualan anjing untuk dimakan selain menawarkan pampasan kewangan bagi mereka dalam industri itu kerana terpaksa menutup perniagaan mereka dalam tempoh tiga tahun.

Tinjauan Gallup Korea tahun lepas menunjukkan hampir dua pertiga responden menentang kumpulan yang memakan daging anjing, dengan hanya lapan peratus mengatakan mereka makan anjing dalam setahun lalu.

Angka itu menurun daripada 27 peratus pada 2015.

Wakil kumpulan industri yang mengetuai protes itu, Ju Yeong-bong berkata, ahli politik tidak berhak untuk menutup industri berkenaan atau menentukan pilihan makanan orang ramai.

“Kami tidak boleh bersetuju dengan idea itu, kerana semua negara yang mempunyai tradisi dan masih ada negara yang memakan daging anjing,” katanya.

Sementara itu, penganjur protes berkenaan mendakwa tiga penunjuk perasaan, termasuk Yeong-bong ditahan oleh polis.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya