FLORIDA: Pengunjung di sebuah kedai yang menjual barangan amal terkejut selepas mereka temukan tengkorak manusia.
Penemuan itu mencetuskan kekecohan sehingga polis dipanggil untuk melakukan siasatan.
Berdasarkan pemerhatian dan siasatan awal, tengkorak itu adalah asli dan bukannya patung.
Pemilik premis perniagaan memberitahu, tengkorak itu sudah berada dalam simpanan sejak beberapa tahun lalu.
Polis kini akan menyiasat asal tengkorak tersebut dan individu berkaitan.
Insiden serupa juga berlaku di Arizona pada September lalu apabila satu tengkorak manusia ditemukan dalam kotak sumbangan di sebuah premis perniagaan.