Penduduk terperangkap dalam Hospital al-Shifa - Utusan Malaysia

Penduduk terperangkap dalam Hospital al-Shifa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Penduduk Palestin yang mencari perlindungan di hospital dan kakitangan perubatan kini terperangkap dalam keadaan yang semakin meruncing.

Hal ini kerana, pertempuran sengit di sekitar Hospital Al-Shifa berlaku ketika Israel meningkatkan serangan ke Kota Gaza bagi memusnahkan kumpulan pejuang Hamas di wilayah yang diperintah Hamas.

Menurut saksi yang enggan dikenali, tembakan senjata dan meriam serta serangan udara bertali aurs sehingga mereka ketakutan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Terdapat puluhan mayat di sekitar kompleks hospital yang sudah tidak boleh dimasuki atau keluar oleh sesiapa,” katanya.

Biarpun puluhan ribu orang melarikan diri daripada pertempuran, ramai juga mengambil keputusan berlindung di hospital utara Gaza yang berulang kali diserang dengan letupan besar dan tembakan peluru berpandu.

Menurut Pakar Perubatan untuk Hak Asasi Manusia Israel, doktor di Al-Shifa memaklumkan, hospital itu kini dikepung, sehingga mereka tidak mempunyai keupayaan membawa masuk mayat, manakala penduduk yang cedera pula bergelimpangan di luar.

“Tiada pergerakan masuk atau keluar di hospital itu,” katanya.

Menurut kumpulan doktor Israel, disebabkan gangguan bekalan elektrik semalaman, unit rawatan rapi neonatal terpaksa berhenti beroperasi, sehingga mengorbankan dua bayi pramatang, manakala nyawa 37 bayi lain dalam bahaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya