ROM: Sebuah video tular merakam detik cemas seekor singa milik pertunjukan sarkas yang terlepas dari sangkar berjalan merentasi kediaman di kawasan kejiranan di Rom.
Seorang penduduk tempatan yang ketakutan berkongsi rakaman itu di laman X yang menunjukkan haiwan itu berjalan di kejiranan Ladispoli yang menempatkan kira-kira 40,000 orang.
Seorang penduduk turut memuat naik klip yang menunjukkan singa yang dipanggil Kimba berjalan melepasi kenderaan mereka.
Datuk Bandar Ladispoli, Alessandro Grando berkata, pihak berkuasa mengambil masa kira-kira tujuh jam untuk menangkap singa itu dan terpaksa menembak ubat pelali sebanyak dua kerana kelicikannya melarikan diri.
Menurut saluran berita Corriere della Sera, Kimba mulanya ditangkap dan disuntik ubat pelali pada pukul 3 petang waktu tempatan.
Namun singa itu kemudian berjaya melarikan diri semula sebelum dibius kali kedua pada pukul 8.30 malam dan akhirnya ditangkap polis pada pukul 10 malam.
“Terima kasih polis, anggota bomba dan semua sukarelawan yang berkhidmat pada waktu pengajaran yang hebat ini.
“Saya harap episod ini dapat meningkatkan kesedaran dan akhirnya kita boleh menamatkan eksploitasi haiwan dalam sarkas,” kata Grando.