Penduduk Omagh diganggu bunyi misteri tengah malam

Penduduk Omagh diganggu bunyi misteri tengah malam

PENDUDUK bandar Omagh semakin tertekan diganggu bunyi misteri yang muncul hampir setiap malam.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBLIN: Penduduk Omagh, sebuah bandar kecil di Ireland Utara mengadu tentang bunyi dengung aneh yang sering muncul pada lewat malam hingga mengganggu tidur mereka.

Sejak beberapa minggu lalu, Majlis Daerah Omagh secara aktif cuba mengenal pasti dari mana datangnya bunyi yang mengganggu penduduk dari seluruh bandar kecil Ireland Utara itu.

Malangnya, semua usaha setakat ini berakhir dengan kegagalan.

“Bunyinya seperti dengungan dan getaran yang sangat kuat. Ia berbeza daripada bunyi kenderaan yang lalu-lalang dan hanya boleh didengari sekitar pukul 12 tengah malam hingga 1 pagi,” kata seorang penduduk.

Menurut Ahli Majlis Daerah Omagh, Stephen Donnelly, pegawainya kini sedang menyiasat dan berusaha mendapatkan bantuan syarikat pakar serta penggunaan peralatan khas untuk mengesan punca bunyi bising itu.

“Kami menerima laporan bunyi pelik ini kedengaran dari sekitar kawasan yang sangat luas jadi agak sukar untuk menentukan sumber yang tepat.

“Saya memahami cerita seperti ini boleh mencetus pelbagai persoalan atau kelihatan remeh tetapi daripada orang yang kami temui, ramai yang mengakui semakin tertekan dan sukar tidur nyenyak,” katanya.

Penduduk turut membuat beberapa teori tentang sumber bunyi misteri itu antaranya mengatakan ia datang dari jentera ladang, kilang termasuk piring terbang.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya