Pencemaran udara: Delhi sekat kemasukan teksi dari negeri lain

Pencemaran udara: Delhi sekat kemasukan teksi dari negeri lain

LARANGAN kemasukan teksi negeri lain ke New Delhi dibuat selepas diperintah oleh Mahkamah Agung. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Pihak berkuasa tempatan melarang teksi dari negeri-negeri lain memasuki New Delhi ketika kualiti udara semakin buruk di ibu negara India itu.

Lapor Xinhua, Menteri Alam Sekitar Delhi, Gopal Rai berkata, larangan itu dibuat selepas diarahkan oleh Mahkamah Agung.

“Jabatan Pengangkutan diminta untuk menyekat kemasukan teksi berasaskan aplikasi yang memiliki nombor pendaftaran negeri lain ke ibu kota sepertimana perintah Mahkamah Agung,” katanya.

Gopal menerusi rakaman video memaklumkan kerajaan Delhi juga akan membentangkan dua kajian mengenai keberkesanan skim mengehadkan bilangan kereta atas jalan raya yang juga dikenali formula `ganjil-genap’ di mahkamah.

“Kami memutuskan untuk menyerahkan laporan dua kajian besar yang ada pada kami.

“Ia merupakan kajian bersama dilakukan oleh Universiti Harvard dan Chicago State University di Amerika Syarikat (AS) serta kajian oleh Universiti Teknikal Delhi berhubung formula ganjil-genap kepada Mahkamah Agung pada perbicaraan seterusnya,” katanya.

Mahkamah Tinggi mempersoalkan keberkesanan formula ganjil-genap untuk menangani pencemaran udara selain merujuknya sebagai optik.

“Berkenaan keputusan melaksanakan formula ganjil-genap bermula 13 November, ia hanya akan dibuat selepas Mahkamah Agung menyemak keberkesanannya dan mengeluarkan perintah,” kata Gopal.

Baru-baru ini, Mahkamah Agung memaklumkan pembakaran sisa tanaman di negeri jiran merupakan faktor utama di sebalik peningkatan besar pencemaran udara di Delhi pada setiap musim sejuk.

Mahkamah juga meminta pihak berkuasa tempatan mengambil langkah tegas untuk menghentikan pembakaran tunggul.

Pencemaran udara di Delhi berada pada tahap buruk sejak beberapa hari lalu, dan pihak berkuasa menutup sekolah dan menangguhkan kejohanan acara sukan tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya