Pemimpin APEC sedia hadapi cabaran global

Pemimpin APEC sedia hadapi cabaran global

SIDANG Minggu Pemimpin Ekonomi APEC 2023 melabuhkan tirai di San Francisco, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Sidang Minggu Pemimpin Ekonomi APEC 2023, yang sudah bermula di sini akan menyaksikan pemimpin, menteri-menteri dan pegawai meneruskan kewajipan APEC merentasi pelbagai bidang dasar pada tahun ini.

Perkara itu termasuk pemudahcaraan perdagangan dan pelaburan, ekonomi digital, tenaga bersih dan iklim, kesihatan, keadilan dan kesaksamaan gender serta antirasuah dan keterjaminan makanan.

Amerika Syarikat (AS) menjadi tuan rumah bagi persidangan tersebut dan dipengerusikan oleh Presiden Joe Biden di bawah tema ‘Mewujudkan Masa Depan yang Berdaya Tahan dan Mampan untuk Semua’, berpandukan kepada tiga keutamaan pada tahun ini iaitu saling berkaitan, inovatif dan inklusif.

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ialah forum ekonomi serantau dengan 21 ekonomi anggota.

Pegawai-pegawai kanan memulakan perbincangan selama seminggu di bawah tiga tonggak, iaitu Pasifik Digital untuk meluaskan akses kepada jaringan digital, Kemampanan untuk menggalakkan peralihan tenaga yang mampan dan inklusif serta Pertumbuhan Berdaya Tahan dan Inklusif untuk mengukuhkan hubungan ekonomi dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan.

“Penganjuran APEC pada tahun ini memberi peluang kepada AS untuk membentuk dasar perdagangan dan memacu pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Pasifik yang pesat, yang mewakili hampir 40 peratus daripada populasi dunia, hampir separuh daripada perdagangan global dan lebih 60 peratus daripada ekonomi global,” kata Pegawai Kanan AS untuk APEC, Duta Besar Matt Murray dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, perbincangan mengenai perdagangan dan pelaburan ini menekankan peranan strategik APEC dalam kerjasama ekonomi anggota berikutan forum ini kekal sebagai platform utama untuk memacu dasar ekonomi dan perdagangan, menggalakkan idea yang inovatif dan menyokong perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Mesyuarat selama seminggu ini akan berakhir dengan Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC pada 16 hingga 17 November, apabila pemimpin Asia Pasifik akan mewujudkan agenda strategik dan matlamat serantau untuk tahun depan dibimbing oleh Biden.

AS dan Malaysia antara 12 anggota pengasas APEC. Negara lain ialah Australia, Brunei, Kanada, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Filipina, Singapura dan Thailand.

Ini diikuti China, Hong Kong, Taiwan, Mexico dan Papua New Guinea pada 1993. Chile menyertainya pada tahun 1994 dan pada 1998, Peru, Russia dan Vietnam menyertainya, menjadikan keanggotaan penuh kepada 21 ekonomi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya