Pemandu BMW, Subaru dan Porsche cenderung sebabkan kemalangan - Utusan Malaysia

Pemandu BMW, Subaru dan Porsche cenderung sebabkan kemalangan

Kereta BMW, salah satu jenama yang dikenal pasti berkemungkinan menimbulkan risiko kemalangan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Analisis data kemalangan United Kingdom (UK) mencadangkan pemandu jenama tertentu lebih berkemungkinan menyebabkan kemalangan berbanding yang lain.

Kajian terhadap lebih 400,000 kemalangan jalan raya UK mendapati apabila pergerakan berisiko atau agresif memainkan peranan dalam perlanggaran, terdapat perbezaan statistik yang ketara dalam kesalahan pemandu merentas jenama kenderaan yang digunakan.

Pemanduan tidak berhemah yang meliputi masalah kelajuan, melanggar lampu merah, memotong di garisan berkembar putih atau mengabaikan lintasan pejalan kaki lebih berkemungkinan berlaku apabila melibatkan pemandu kenderaan jenama Subaru, Porsche dan BMW berbanding Skoda atau Hyundai.

Setelah mengambil kira pembolehubah seperti umur pemandu dan jenis jalan raya, penyelidik membuat hipotesis bahawa jenama kenderaan turut menjadi faktor utama kemalangan dalam kertas kerja yang diterbitkan dalam Journal of Social Marketing.

“Semua perkara adalah sama, anda menjangkakan perkadaran yang sama untuk gerakan agresif merentas semua lokasi.

“Namun terdapat kelaziman yang lebih tinggi dalam data perlanggaran Jabatan Pengangkutan.

“Antaranya adalah jenama kenderaan yang disifatkannya secara meluas sebagai mereka yang mempunyai pengiklanan dan pemasaran yang seolah-olah meraikan prestasi pemanduan contohnya seperti ‘kami lah raja di jalanan’ atau perkara seumpamanya,” kata Pengarang utama kajian, Alan Tapp dipetik The Guardian.

Pengarang bersama Dan Campsall dari Perundingan Keselamatan Jalan Raya Agilysys berkata, data tersebut juga dapat membuka mata pengeluar dan pengawal selia kenderaan untuk melihat semula teknik pemasaran moden yang boleh memberi kesan buruk terhadap keselamatan jalan raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya